
‘Trembling Rock’ dengan berat 137 tan dikatakan sangat terkenal dengan keajaibannya yang boleh diayunkan ke atas dan ke bawah oleh sesiapa sahaja, tidak kira betapa kurus atau lemahnya mereka, memetik laporan Oddity Central.
Menurut laporan batu itu boleh diayunkan oleh sesiapa sahaja asalkan ditolak di tempat yang betul.
Trembling Rock itu dikatakan terletak di Huelgoat Forest di Timur Laut Perancis.
Hutan Huelgoat merupakan hutan yang mempunyai banyak batu besar dengan keajaiban geologi. tetapi ‘Trembling Rock’ adalah batu yang paling popular antara semua batu yang terdapat di hutan Huelgoat itu.
Batu dengan berat 137 tan dan panjang 7 meter itu boleh digerakkan oleh sesiapa sahaja asalkan mereka tahu cara untuk menolaknya.
‘Trembling Rock’ yang berbentuk bujur itu sangat besar dan berat sehinggakan tiada manusia yang boleh mengalihkan batu itu sendiri.
Namun, batu itu dikatakan boleh digerakkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira betapa kurus atau lemahnya mereka asalkan tempat yang ingin digerakkan itu adalah di tempat yang betul.
Jika ditolak di tempat yang betul, manusia boleh mengayunkan batu itu ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan.
Tambah laporan, batu itu juga dikenali dengan nama Batu Lohan dan ianya menjadi tarikan pelancong untuk melawat Huelgoat Forest.
Sumber: Oddity Central