(Video) Baru Umur 18 Tahun, Isteri Menangis Suami Hadiahkan Ford Mustang Pada Hari Perkahwinan

Edayu

Banyak cara nak harga seseorang itu, terutamanya buat isteri tercinta kerana mereka telah banyak berkorban untuk suami. Ada suami yang menghadiahkan sang isteri dengan sejambak bunga dan pelbagai lagi.

Bagi yang kemampuan, mereka pastinya memberikan hadiah yang lebih ‘besar’. Waalupun semua hadiah ini tidak diminta tetapi pemberian ini akan membuatkan si isteri tersenyum lebar.

Satu video tular apabila pengantin baru dihadiahkan sebuah kereta oleh suaminya. Ayunie yang berusia 18 tahun, baru mendirikan rumahtangga pada hari tersebut terkejut dan terharu pabila suaminya menghadiahkan sebuah kereta jenama Ford Mustang pada hari istimewa mereka.

Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok Ayunie dirakam sempena hari pernikahannya.

Malah, warganet turut rasa gembira dan bangga di mana mereka yang berusia 18 tahun ini mampu membeli hadiah sehebat itu untuk isterinya.

Sumber: Ayunieso24