Umum telah mengetahui bahawa anjing adalah antara haiwan yang memiliki sifat setia.
Walaupun kebanyakan anjing ini luarannya sahaja nampak garang, namun jika dibelai dan dirapat dengan cara yang betul, ianya mungkin akan jatuh cinta dengan anda dan akan taat setia bersama anda selamanya.
Itulah yang terjadi kepada lelaki bernama Sam Clarence bersama degan anjingnya bernama Stanley ini.
Stanley adalah seekor anjing yang telah diselamatkan dari pusat penyelamat haiwan di Christchurch, New Zealand.
Stanley telah ditemui ketika dia baru sahaja berusia enam bulan. Pada ketika itu dia tinggal di sebuah kawasan yang ditinggalkan bersama dengan adik-beradik serta ibunya.
Clarence pula bertugas di sebuah tempat perlindungan haiwan berdekatan, dan telah diminta untuk memelihara salah satu anak anjing tersebut selama beberapa minggu.
Tanpa dirancang, anak anjing tersebut lama kelamaan sah menjadi temannya yang paling setia.
Walaupun Clarence tidak ada masalah menyayangi anjingnya itu, namun bagi Stanley, dia merasakan sebaliknya. Dia difahamkan ketakutan dan dia mengambil masa selama satu jam untuk mula keluar dari kereta.
Namun setelah setiap hari dia mencurahkan kasih sayang untuk membantu menyesuaikan diri dengan kehidupan dan persekitaran hidup yang baharu terhadap Clarence, anjing tersebut mula mempercayainya.
Sejak dari itu, mereka tidak pernah berpisah. Stanley akan baring di belakang Clarence dan dia juga tidak pernah berhenti menyentuh Clarence.

Ketika mereka merantau, Stanley selalu memegang Clarence menggunakan tangannya.
Sekiranya Clarence bergerak, Stanley akan bergerak bersamanya. Dia adalah seekor anjing yang penyayang dan tidak pernah takut untuk menunjukkan kasih sayangnya itu.
Stanley telah keluar daripada ketakutannya dan kini dia tidak lagi takut. Dia sangat menyayangi ayah barunya dan sangat berterima kasih atas peluang kedua dalam hidupnya.
Stanley telah berubah daripada anak anjing yang pemalu dan takut kepada ‘anjing velcro’ yang ramah. Dia kini sayang dengan semua orang yang ditemuinya, termasuk anjing lain.
Sumber: tinnhan htv