TikTok: @brokekbatik

(Video) “Bang, Air Ikat Bahu Satu” Lelaki Ini Bawa Plastik Air Teh O Ais Limau Besar

Aireena Marizan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila cuaca panas dapat air teh o ais memang satu kepuasan. Kebiasaannya, minuman ini dipesan bungkus ikat tepi bagi memudahkan untuk diminum.

Berbeza pula dengan lelaki ini, plastik air teh o ais yang dibawanya luar biasa besar. Difahamkan bahawa itu adalah teh o ais limau yang dibungkus dalam plastik yang sangat besar.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok milik @brokekbatik, dapat dilihat bahawa plastik minuman tersebut memang besar.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut terhibur dan meninggalkan komen lucu tentang video tersebut.

Sumber: TikTok