Berada di bulan Ramadhan, ibu bapa pastinya berdepan dengan pelbagai ragam anak-anak terutamanya ketika bersahur. Ada yang mudah dikejutkan tetapi ada pula yang ‘liat’ dan terpaksa dikejutkan dengan pelbagai cara.
Seperti perkongsian video oleh seorang gadis yang menunjukkan gelagat ayahnya ketika mengejutkan dia dan adik beradik untuk bangun sahur dengan menggunakan mikrofon sekaligus membuatkan ramai terhibur.
Video yang dikongsikan oleh akaun TikTok adebonbon itu telah meraih lebih dari 7 juta tontonan dalam tempoh 20 jam dimuatnaik.
Anak berdua sekarang sudah masuk waktu sahur!
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji ‘kecomelan’ warga emas berkenaan ketika mengejutkan anak-anaknya bangun.
Malah, tak kurang juga yang menyifatkan pemilik video beruntung kerana memiliki seorang ayah yang mempunyai hubungan akrab dengan anak-anak kerana ada yang tidak berpeluang merasai sedemikian.





Sumber: Tiktok Adebonbon