(Video) Ayah Hidap Alzheimer Selalu Minta Nak Balik Kampung, Anak Bawa Keluar Pusing-pusing “Wah, Abah Dah Sampai”

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah realitinya yang dilalui oleh anak-anak yang sanggup berkorban dan tidak jemu menjaga ayah mereka yang sakit.

Sayu menyaksikan video gelagat anak-anak melayan ayah mereka yang dikatakan mempunyai penyakit Alzheimer.

Alzheimer juga dikenali sebagai demensia yang bermaksud masalah daya ingatan yang menyebabkan sel otak mati. Penyakit ini menggambarkan keadaan seseorang yang sukar mengingat sesuatu perkara dengan baik.

Menurut Caca, boleh dikatakan setiap hari mereka melakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu demi menjaga hati ayah tercinta.

“Setiap hari, setiap masa abah akan tanya soalan yang sama. “bila kita nak balik kampung?” Sedangkan inilah rumah abah, kampung kami.”

“Abah akan kemas baju setiap hari ajak balik kampung, sampai satu tahap, mak dan adik kena bawak abah keluar pusing mana-mana dan balik semula ke rumah.

Paling sebak apabila kami sambut dia dengan sama-sama berkata, “Wahh, abah dan sampai kampung…”

Tambahnya lagi, abahnya akan bangun sekitar 2 atau 3 pagi bersiap mandi dan pakai baju kemas serta berkasut untuk hantar anak-anak menduduki peperiksaan SPM.

Benar, penyakit Alzheimer bukan satu penyakit yang boleh berjenaka. Ramai yang cakap penyakit ini adalah penyakit ‘nyanyuk’ bila sudah meningkat usia tua namun mereka salah, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia.

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka sebaiknya. Berikan kasih sayang seperti mana mereka berikan kepada kita dari kecil hingga dewasa, jangan sesekali abaikan mereka dek kerana mempunyai masalah kesihatan kerana kehidupan tanpa kasih sayang mereka diibarat ‘kosong’.

Jom tonton video penuh di bawah ini.

Sumber: Cacacolero