(Video) Awalnya Malu-malu Nak Buka Kotak Hadiah, Reaksi Bapa Ini Dapat “Phone” Baharu Bikin Ramai Sebak

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ketika ini, ramai yang mendambakan untuk berada di samping ibu bapa masing-masing tetapi keadaan nampaknya masih lagi tidak menyebelahi. Mungkin boleh melepaskan rindu melalui panggilan video namun ia tetap tidak tidak sama dengan bersemuka.

Bagi orang-orang yang berada di sisi ibu bapa pula, hargailah dan layanilah mereka dengan sebaiknya kerana kenangan bersama mereka akan diingati sampai bila-bila.

Sama seperti yang dilakukan oleh pengguna Tiktok, @alyanrdnie yang telah membuat kejutan untuk bapanya dengan membelikan telefon pintar yang baharu.

Menerusi videonya itu, Alya mengatakan bahawa telefon bimbit bapanya telah hilang dan disebabkan itu dia dan adik beradiknya telah berpakat membelikan telefon yang baharu.

Pada awalnya, bapanya itu dilihat seperti malu-malu untuk membuka kotak hadiah tersebut namun setelah dipaksa dia membukanya juga dan sangat gembira setelah melihat isi di dalamnya.

Bapanya itu juga dilihat meluahkan kesyukuran dan berdoa agar anaknya terus dimurahkan rezeki.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 176.1 ribu tontonan di TikTok dan dihujani komen sebak dari netizen.

Dalam hati mesti happy

Bestnya dapat lepak-lepak dengan ayah

Terbaik jadi anak

Buatkan ayah gembira selagi masih ada

Sumber: alyanrdnie