Kejadian misteri ini berlaku tak kira tempat, masa dan suasana. Seperti yang selalu terjadi, sekiranya ‘benda’ tu nak tunjukkan kehadirannya, mesti ada sahaja perkara pelik yang tak terjangkau oleh akal.
Mesti ramai yang ada pengalaman kena kacau dengan makhluk halus kat pejabat, rumah, bilik, tengah jalan raya hatta dalam kereta sendiri kan? Jarang ‘benda’ tu tunjuk muka dulu. Biasanya dia bagi ‘hint’ awal-awal melalui bau dan kelibat.
Itulah situasi seram yang dialami seorang netizen bernama Hamizi Hamzah ini. Baru-baru ini Hamizi bertugas seperti biasa di hub simpanan barang-barang penghantaran.
Berdasarkan rakaman videonya, suasana di hub pada waktu itu agak gelap dan sunyi. Kelihatan beberapa bungkusan parcel berada di satu sudut tidak jauh darinya.
Namun tiba-tiba, salah sebuah parcel di situ kelihatan mula bergerak perlahan-lahan menuju ke ruang tengah seolah-olah sedang ditarik oleh sesuatu. Dengan keadaan sunyi, gelap, memang meremang bulu roma dibuatnya.
Jom tonton video yang dikongsikannya ini.
Awal dia ajak gurau kat hub
Di bawah ini pula adalah sambungan selanjutnya.

Walaupun agak seram, tapi maklum balas netizen-netizen ini cukup menggelikan hati. Ada yang kata hantu datang ambil parcel sendirilah, ada yang kata itu kereta control lah dan bermacam lagi.
“Patutlah barang sampai lambat….”
“Parcel hilang tapi tak tahu nak tuduh siapa….”
“Selamat datang ke Ghaib Express….”
“Tu yang datang ambik sendiri….”
“Hantu pun takde job sekarang…..”
Sumber: Twitter Miji