Letupan yang berlaku di sebuah taman kimia telah menggegarkan bandar Leverkusen di Jerman Barat pada Selasa dan menyebabkan udara di bandar itu tercemar serta dipenuhi ‘awan’ hitam besar.
Menurut Daily Mail, tragedi itu berlaku di bahagian laman tempat pembakaran sampah iaitu kira-kira 20 kilometer (13 batu) utara Cologne di sungai Rhine.
Letupan itu telah menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan.
Pihak taman perindustrian bagi syarikat kimia, Chempark, mengatakan bahawa punca letupan tersebut masih belum dapat dipastikan.

Jelas pihaknya lagi, ahli bomba dan van pengesan pencemaran juga telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu, Pejabat Persekutuan Jerman untuk Perlindungan Awam dan Bantuan Bencana mengatakan bahawa letupan itu merupakan ‘ancaman melampau’ dan meminta agar penduduk tidak keluar dari rumah serta menutup tingkap dan pintu.

Pihak polis pula mengatakan bahawa mereka telah menutup beberapa lebuhraya berdekatan kawasan itu.
Difahamkan, lebih daripada 30 syarikat beroperasi di lama Chempark itu termasuk Covestro, Bayer, Lanxess, dan Arlanxeo.
Sumber: Daily Mail