Sebuah kilang kitar semula plastik di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang dilaporkan telah mengalami kebakaran kira-kira jam 8 malam tadi.
Menurut laporan Sinar Harian, pihak bomba masih lagi sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Api juga masih lagi marak dengan kepulan asap hitam yang dapat dilihat dari jauh walaupun dalam keadaan gelap.
Saksi kejadian yang ditemubual Sinar Harian, Viksnesh Kumar, 26, berkata bahawa kebakaran tersebut dipercayai berlaku pada jam 8.26 malam.
“Kebakaran bermula dari bahagian belakang sebelum merebak hampir seluruh bahagian kilang tersebut,” katanya.
Sementara itu, video yang memperlihatkan api yang marak telah dimuatnaik oleh beberapa orang pengguna media sosial.
Sumber: Sinar Harian