Gambar: YouTube BROAD Group

(Video) Apartment 10 Tingkat Siap Dalam Masa Sehari, Lengkap Sambungan Air Dan Elektrik, Ini Caranya

Eyla Azri

China telah membukti kemajuan negara mereka dalam pelbagai bidang termasuk infrastruktur, ketenteraan, malah hingga ke ruang angkasa.

Baru-baru ini, China sekali lagi mengejutkan dunia apabila berjaya membangun sebuah apartment 10 tingkat dalam masa 28 jam 45 minit.

Hal ini direalisasikan oleh Broad Group, sebuah syarikat dari China yang bertanggungjawab dalam pembangunan apartment yang dinamakan Living Building, berlokasi di Changsha, China.

Gambar: YouTube BROAD Group

Sebuah video singkat yang dimuatnaik di akaun YouTube BROAD Group menunjukkan proses pembangunan Living Building. Syarikat tersebut menyifatkan pembangunan gedung ini sebagai “waktu konstruksi terpendek di dunia” untuk skala bangunan setinggi itu.

Broad Group menggunakan unit modul berukuran kontainer berasaskan besi tahan karat, yang siap dibina di kilang. Setiap modul berukuran 12.19 meter panjang, 2.44 meter lebar dan 3 meter tinggi.

Modul-modul kontainer ini kemudiannya diangkut ke tapak pembinaan dan kemudiannya dipasang dengan mengetatkan bolt.

Gambar: YouTube BROAD Group

Dalam masa lebih kurang sehari, bangunan 10 tingkat ini berjaya disiapkan dengan sambungan bekalan elektrik dan air.

Sumber: YouTube Broad Group