Sejak kebelakangan ini, konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Iran telah menjadi topik hebat dalam kalangan komuniti dunia. Konflik ini menjadi lebih parah apabila Mejar Jeneral Qassim Suleimani terbunuh dalam serangan udara yang diarahkan oleh Donald Trump. Malah, komuniti dunia menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku perang dunia ketiga.
Sementara itu, Tentera Udara Amerika Syarikat nampaknya telah melakukan satu pertunjukan besar dengan melancarkan lebih daripada 50 jentera pejuang Lightning II bersenjata di ruangan udara landasan Utah. Pesawat 52 F-35A yang bernilai $4.2 billion itu dikatakan bagi memberi amaran kepada Iran ekoran konflik yang dikatakan hampir mencetuskan peperangan.
Latihan yang dijalankan oleh anggota bertugas 388th dan Reserve 419th Fighter Wing mempamerkan kemampuan Angkatan Udara untuk menggunakan pesawat F-35As. Menurut The Fighter Wings, F-35As yang dilancarkan telah mencapai keupayaan penuh dan bersedia untuk berperang.
Tambah mereka lagi, latihan yang dirancang selama berbulan-bulan menunjukkan keupayaan mereka untuk menggunakan tenaga besar F-35As. Mereka juga hanya memerlukan tempoh empat tahun selepas menerima pesawat tempur F-35A Lightning II pertama mereka bagi mencapai kehebatan peperangan penuh.
Gambar: Metro UK
Gambar: Metro UKAS telah menerima F-35A yang setiap satunya bernilai $ 89.2 juta di Pangkalan Udara pada empat tahun lalu. Sejak itu, Wings Wighter telah melatih juruterbang untuk menghadapi situasi peperangan yang sebenar dan turut menyokong dua serangn tempur di Timur Tengah.
F-35 adalah pesawat pertama yang menggabungkan teknologi stealth radar untuk mengelak dengan kelajuan supersonik serta mempunyai keupayaan untuk melakukan pendaratan pendek dan menegak.


Sumber: Metro UK