
Malam tadi kita dikejutkan dengan berita tentang kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter yang menimpa negara jiran, Indonesia. Dikatakan bahawa gegaran yang tercetus di daerah Banten itu turut dirasai sehingga ke Kota Jakarta.
Malah, Mohd Nasir Yusoff, Pengarang Urusan Bernama yang ketika itu berada di Jakarta bersama delegasi Ikatan Setiawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) turut merasai gegaran gempa berkenaan.
Walaupun pihak kerajaan Indonesia telah menarik semula amaran tsunami malam tadi, laman media sosial masih dipenuhi dengan tanda palang #prayforindonesia sebagai tanda sokongan dan doa kepada rakyat di sana.
Tidak hanya itu, medium sosial berkenaan turut dihujani pelbagai video dan ciapan yang dimuatnaik oleh mereka yang berada di sana ketika gempa itu terjadi.
Tidak henti perkataan itu diucapkan saat sebuah masjid di selatan Banten hampir musnah ditimpa bencana terbabit.
Seorang pelancong yang berada di Indonesia untuk cuti musim panasnya juga berkongsi video gegaran
Sumber: Twitter