Tidak dinafikan lelaki atau wanita pasti ada yang takut dan geli dengan lipas. Nampak sahaja kelibat haiwan berkaki enam itu sudah bikin jiwa tak keruan apatah lagi jika ia masuk ke telinga kita.
Sudah pasti gugur air mata bercampur meraung ketakutan. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh salah seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) yang dikenali sebagai ams_brand di laman Tiktoknya.
Difahamkan, pesakit yang datang ke klinik tersebut mengaku sakit di dalam telinga. Apabila MA ini cuba untuk memeriksa keadaan telinga wanita tersebut mendapati ada sesuatu di dalam lubang telinganya seakan-akan seorang serangga.
Jelasnya lagi, bila dikorek lebih dalam, mendapati seekor lipas telah berada di dalam telinga wanita tersebut.
Justeru, MA ini memberi nasihat kepada semua yang menonton videonya ini untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran dalam dan luar rumah agar kes seperti ini tidak berlaku lagi. Mujur terkena pada wanita dewasa bukan pada kanak-kanak yang masih kecil.
Perkongsian tersebut tulat sehingga meraih lebih 26o,000 tontonan dan lebih 26,00 tanda suka.
Kisah Kak Siti yang tak leh tido sebab ade benda dalam telinga dia…
Sumber: AMS_Brand