Air merupakan keperluan utama bagi kehidupan termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sumber air adalah sangat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup di sesuatu tempat.
Di Malaysia, untuk dapatkan sumber air masih boleh dikatakan mudah. Hanya tinggal buka pili paip, dah mengalir air bersih terawat yang layak digunakan untuk aktiviti sehari-hari.
Namun lain pula nasib penduduk kawasan perkampungan yang terletak di Banjaran Himalaya ini. Oleh kerana peningkatan suhu dan salji yang makin kurang turun di sana, glasier atau sungai ais yang menjadi punca air utama di kawasan tersebut kini hampir kering.
Menurut laporan BBC, perkampungan Kumik yang terletak di Ladakh, utara India sedang menghadapi krisis air yang sangat serius sehingga kebanyakan penduduk kampung terpaksa berhijrah ke kawasan lain untuk mencari sumber air.
Sumber: BBC