
Dengan Krismas yang semakin menghampiri, sudah tentulah negara luar yang memiliki empat musim ketika ini sedang dituruni salji.
Kita sebagai orang Malaysia yang tiada salji pun tertarik melihat mereka bermain apalagi mereka di sana.
Kanak-kanak ketika ini sangat gembira kerana boleh bermain salji diluar rumah mereka, ada yang suka membina orang salji, ada juga bermain baling-baling bola salji dan tak kurang yang suka membuat pelbagai rekaan atas saji tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok @thedad dapat dilihat seorang ayah sedang mengajar anaknya cara untuk membuat ‘snow angel’.
‘Snow angel’ ialah salah satu aktiviti yang sangat mereka suka lakukan ketika turunnya salji iaitu baring di atas salji dan gerakkan kedua tangan dan kaki bagi mengasilkan corak badan sendiri di atas salji.
Dalam video ini dilihat bahawa ayahnya sangat bertungkus lumus mengajarkan anaknya cara untuk membuat ‘snow angel’ dengan betul.
Ayahnya menunjukkan cara untuk mendepakan tangan secara keatas dan kebawah seperti ‘wiper‘ namun anaknya membawa tangannya kedepan dan kebelakangn seperti menepuk tangan.
Ayah tersebut akhirnya membaringkan anaknya itu dan menunjukkan secara langsung bagaimana cara yang betul.
Melihat tingkah mereka berdua itu, ramai warganet yang geram dengan kecomlean sang ayah dan anak tersebut meluahkan rasa di ruangan komen:




Sumber: @thedad