Beberapa kawasan di Lembah Klang hari ini dilanda banjir selepas hujan lebat yang tidak surut sejak awal pagi semalam. Seperti yang dilaporkan, Pelabuhan Klang dan Shah Alam merupakan antara kawasan yang terjejas akibat banjir itu sehingga menyebabkan jalan raya dan perumahan penduduk ditenggelami air.
Selain barangan, ada di antara penduduk yang kini sedang berusaha menyelamatkan dan memindahkan haiwan peliharaan mereka yang turut terjejas dalam bencana itu.
Salah seorang darinya ialah pemilik pusat jagaan dan perlindungan haiwan S.I Home Shelter, Nurul Ain yang memohon bantuan orang ramai untuk memindahkan kucing dan anjing dari rumahnya ke pusat jagaan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nurul Ain berkata dia memerlukan hilux atau lori untuk mengangkut haiwan tersebut kerana air di kawasan perumahannya sudah semakin naik.
Dengan keadaan hujan yang semakin lebat, mereka memerlukan bantuan dengan segera kerana kesemua haiwan itu tiada tempat untuk berlindung.
Bagaimanapun, menerusi kiriman dan Story Instagram terbarunya, anjing dan kucing itu telah berjaya dipindahkan dengan menaiki sebuah hilux.


Jika ada di antara anda yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh menghubungi Nurul Ain di Instagram atau di nombor 0142277039.
Sumber: Nurullainabdulhamid