Semakin menunjukkan perkembangan yang positif, adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan kerana penyakit ‘Germ Cell Tumour‘ sememangnya sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di Facebook, Ainul yang kini sudah menjadi kakak mencuri perhatian ramai apabila menyambut ketibaan adiknya di rumah.
Menerusi video tersebut, Ainul yang ceria dilihat seakan memberikan salam kepada adiknya dan telatahnya itu membuatkan orang disekelilingnya kagum.
Ainul beri salam perkenalan kepada adik dia yang baru tiba di rumah.
Semalam, Ahmad Safiuddin menerusi perkongsiannya di Facebook memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan kehadiran ahli baru di dalam keluarganya.
Tambahnya juga melalui perkongsian seterusnya, bayi dan isterinya berada dalam keadaan yang sihat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira melihat telatah Ainul dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah menjadi seorang kakak.


Tahniah diucapkan kepada Ahmad Safiuddin sekeluarga di atas kedatangan permata baharu. Moga adik Ainul sentiasa membesar dengan baik dan menjadi seorang kakak yang penyayang kepada adiknya.
Sumber: Ahmad Safiuddin