Bagi warga kota di Lembah Klang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Sungai Besi, mungkin perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.
Sebentar tadi, seorang netizen Mohd Hafeez Zulkifli memuat naik rakaman foto dan video pendek tentang keadaan semasa dipercayai di plaza tol berkenaan.
Berdasarkan perkongsian tersebut, didapati laluan di plaza tol itu kelihatan amat sesak dengan kenderaan yang beratur panjang dari arah selatan ke plaza tol.
Kesesakan tersebut dipercayai agak lama kerana Hafeez menyatakan, ada sesetengah pemandu yang sanggup keluar dari kenderaan masing-masing dan berehat di tepi jalan.
Berikut di bawah adalah foto dan rakaman video yang dimuat naik olehnya.
Gambar: Mohd Hafeez ZulkifliSumber: FB Mohd Hafeez Zulkifli