(Video) Ada Yang Rumah Tenggelam, Beberapa Kawasan Di Kelantan Dan Terengganu Mula Banjir

Nurul Alia Ali

Hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu di Terengganu dan Kelantan telah menyebabkan beberapa kawasan di dua negeri itu mula ditenggelami air.

Menurut kiriman yang dimuatnaik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di akaun rasmi milik mereka memuat naik beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan air mula membanjiri di beberapa buah kampung dan kawasan-kawasan banyak yang terjejas.

Banyak jalan yang dinaiki air, kenderaan tidak digalakkan melintas kecuali kenderaan berat dan kenderaan jenis tinggi.

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS