Tangga elektronik atau lebih dikenali sebagai eskalator sering dapat dilihat di dalam pusat membeli belah. Ianya merupakan kemudahan bagi mengangkut penumpang untuk turun dan naik daripada satu tingkat ke satu tingkat yang lain.
Penggunaannya bukan sahaja di dalam pusat membeli belah, namun telah meliputi di kawasan seperti pejabat dan gedung. Pun begitu, disebalik manfaat kemudahan kepada orang ramai, eskalator juga berpotensi yang menjadi ‘pembunuh’ kepada pengguna.
Menerusi satu rakaman yang berlegar di ruangan Twitter, satu eskalator yang tidak berfungsi mengalami kerosakan sehingga ‘menelan’ seorang individu.
Berdasarkan video berkenaan, beberapa orang pengguna sedang cuba untuk menuruni eskalator yang tidak berfungsi. Namun malang bagi mereka apabila eskalator tersebut terbuka dan ‘menelan’ salah seorang pengguna.
Menurut laporan media tempatan, lelaki berkenaan terperangkap sekitar sejam di dalam ‘perut’ tangga elektrik itu. Namun, dengan usaha pihak bomba dan penyelamat tempatan, lelaki itu berjaya dikeluarkan. Dia juga dilaporkam selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, orang ramai juga dinasihati untuk tidak menggunakan eskalator yang tidak berfungsi supaya tidak berlaku sebarang kecelakaan. Ianya bertambah buruk apabila eskalator itu dinaiki oleh ramai orang sehingga menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Sumber: Fierza