Gambar: @KDSI_rasmi

(Video) “Ada 5 Peringkat…”, Komando PASKAL Ajar Cara Nak Kenal Tumbuhan Beracun & Yang Boleh Dimakan

Aqmal Ezany

Pasti ramai diantara kita yang minat dengan aktiviti ‘hiking’ kerap kali masuk ke dalam hutan.

Ada juga yang dah pun ‘standby’ sedikit makanan untuk dibawa bersama bagi mengisi perut supaya dapat meneruskan perjalanan.

Namun begitu, segala kebarangkalian mungkin boleh terjadi ketika di dalam hutan. Antaranya ialah sesat.

Sekiranya anda sesat, dan perlu untuk makan bagi meneruskan hidup, ada sedikit tips yang dikongsikan oleh seorang anggota PASKAL di KD Sultan Ismail ini.

Tips tersebut adalah mengenai bagaimana untuk mengenali tumbuhan beracun yang tidak diketahui ketika berada di dalam hutan.

Video tips tersebut telah dikongsikan melalui akaun Twitter @KDSI_rasmi.

Menurutnya, terdapat lima peringkat untuk mengujinya. Perkara utamanya adalah ianya perlu diuji satu per satu. Maksunya ialah, sekiranya kita mahu menguji daun tumbuhan tersebut, hanya uji daunnya sahaja dan jika kita mahu uji buahnya, hanya uji buahnya sahaja.

Peringkat pertama: Hidu daun tersebut selama 2-3 minit dan tunggu kesannya. Kalau tiada gatal-gatal atau apa-apa terjadi, teruskan ke peringkat kedua.

Peringkat kedua: Gosok daun tersebut di lengan anda dalam masa 2-3 minit dan tengok kesannya. Jika tiada kesan gatal atau kulit menjadi kemerahan, teruskan ke peringkat ketiga.

Peringkat ketiga: Ambil daun tersebut dan letakkan di bahagian bibir iaitu tempat yang paling sensitif selama 2-3 minit. Sekiranya tiada kesan bengkak atau gatal-gatal, teruskan ke peringkat keempat.

Peringkat keempat: Telan sedikit daripada daun tersebut dan tunggu selama 2 jam. Jika tekak tidak memberikan kesan kegatalan, teruskan ke peringkat terakhir.

Peringkat kelima: Makan sedikit dan tunggu selama 4 jam. Sekiranya tidak pening atau terdapat apa-apa kesan, ianya bermakna daun tersebut boleh dimakan.

Tips ‘survival’ ini sangat penting sebagai persiapan sekiranya bekalan makanan terputus ketika melakukan aktiviti di dalam hutan.

Sumber: @KDSI_rasmi