Gambar : Facebook Noor Fadzlan

(Video) Abang Busker Nyanyi Lagu Sudirman Buat Ramai Terpana, Suara ‘Sebiji’ Macam Allahyarham

Fathin Nadzira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siapa sahaja yang tidak kenal pemilik suara emas yang berasal dari Temerloh, Pahang ini dan lagu-lagunya dekat di hati masyarakat.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita, namun lagu-lagunya masih menjadi kesukaan ramai dan berkumandang di corong-corong radio.

Antara lagu yang menjadi kegemaran dan sering didengarkan ialah ‘Chow Kit Road’, ‘Salam Terakhir’, ‘Terasing’, ‘Pelangi Petang’ dan banyak lagi. Sehinggakan sampai sekarang kita masih lagi dengar lagu ‘Tanggal 31’ pada hari kemerdekaan dan ‘Balik Kampung’ ketika musim perayaan.

Sudah hampir dua dekad beliau meninggal kita, masih tiada lagi penyanyi baharu yang mampu menandingi kehebatannya.

Namun, tular sebuah video yang dikongsikan oleh Noor Fadzlan di laman Facebook yang memiliki suara lunak seperti Allahyarham Sudirman.

Video tular itu memperoleh hampir 800 jumlah perkongsian dan tanda suka sebanyak 2.7k.

Menurut kapsyen dalam video yang dikongsikan, suara yang dilontarkan sangat lunak dan sesiapa yang mendengarnya pasti cair sehinggakan suara bercakap pun sebiji seperti Allahyarham Sudirman.

Video yang telah dimuat naik itu telah mandapat perhatian warganet dan rata-ratanya sangat kagum dengan kehebatan dan bakatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sangat kagum dengan bakatnya. Ada yang tengok video berulang kali dan ada juga yang nak tuju lagu ‘Dari JauhKu Pohon Maaf’.

Gambar : Facebook Noor Fadzlan
Gambar : Facebook Noor Fadzlan
Gambar : Facebook Noor Fadzlan
Gambar : Facebook Noor Fadzlan
Gambar : Facebook Noor Fadzlan

Sumber : Facebook Noor Fadzlan