Hari ini genap empat hari kehilangan kapal selama KRI Nanggala-402, namun nasib semua anak kapal masih menjadi tanda tanya.
Walaupun beberapa barang dan serpihan milik kapal selam tersebut sudah dijumpainamun bagi anggota keluarga tiada istilah berhenti berharap, apatah lagi berhenti menunggu insan tersayang daripada menjelma di depan mata.
Selain keluarga yang lain, Ur Vienna adik kepada salah seorang kru yang terlibat dalam kejadian ini luah rasa rindu dan berharap ada keajaiban berlaku bagi ahli keluarga melepas rasa rindu yang tidak tertahan.
Saya percaya ada keajaiban, dengan nama Allah semoga abang ditemui secepat mungkin. Semoga Tuhan sentiasa melindungi abang dan rakan-rakan yang lain.
“Kuat ya kak (abang), semangat buat juang. Kita sekeluarga menunggu abang Yogie pulang ke rumah, lebaran kita kumpul ya.”
Daripada itu, gadisi ini juga memuatnaik satu video di mana anak-anak kapal sedang bernyanyikan lagu sedih seakan sudah tahu apa yang akan berlaku.
“Terima kasih anak kapal, skar dan pahlawan yang berani untuk perkhidmatan untuk negara kita, Ryann Rogie Tabah Hingga Akhir…”