Susulan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkenaan peralihan Fasa 2 bagi seluruh kawasan Lembah Klang, aktiviti rentas daerah secara tidak langsungnya telah dibenarkan.
Ekoran daripada itu, sekatan jalan raya (SJR) tidak lagi akan dilakukan di jalan-jalan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Satu video yang dimuat naik oleh akaun Bernama TV ada menunjukkan berkenaan anggota polis mengemas peralatan di sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan di sebuah kawasan di Putrajaya.
SJR tersebut dilaporkan telah bertapak di kawasan itu sejak dari 13 Januari yang lalu.
Namun susulan peralihan kawasan Lembah Klang ke Fasa 2, SJR tersebut akhirnya telah ditamatkan tepat jam 12 tengah malam tadi.
Terima kasih kepada anggota barisan hadapan yang terlibat dalam memastikan keselataman dan ketenteraman awam.
Sumber: Bernama TV