(Video) 88 Orang Cedera, Apartmen 33 Tingkat Hampir Musnah ‘Dijilat’ Api Di Korea Selatan

Edayu

Sekurang-kurangnya 88 orang cedera dan dikejarkan ke hospital setelah terperangkap dalam kebakaran besar di sebuah apartmen terkenal 33 tingkat di Korea Selatan.

Kejadian ini berlaku pada Khamis sekitar 11.05 malam, bangunan komersial dan kediaman Samhwan Art Nouveau yang terletak di barat laut Busan. Kejadian ini dipercayai bermula di tingkat 12 bangunan kediaman tetsebut sebelum merebak pantas ke blok yang lain.

Tidak lama kemudian api merebak diseluruh bangunan tersebut. Ratusan penduduk dan orang awam lari selamatkan diri bahkan ada yang lari naik ke bumbung bangunan tersebut untuk selamatkan diri.

Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api kebakaran. Menurut pihak bomba, kejadian tersebut berlaku lebih teruk akibat angin yang kencang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sementera 77 orang yang selamatkan diri ke bumbung dan beberapa orang yang terkandas di dalam bangunan tersebut berjaya diselamatkan sepasukan Bomba Korea Selatan.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan berkata kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan sedang dirawat di hospital.

Sumber: Dailymail