(Video) 5 Filem ‘Balas Dendam’ Korang Wajib Tonton Di Netflix Waktu PKP Ini

Edayu

Korang mesti bosan tak tahu nak buat apa di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini kan? Ye lah, nak keluar lepak dengan kawan dan ambil angin di luar pun tak boleh dengan kes wabak yang kian naik mendadak ini terpaksalah duduk di rumah sahaja.

Bayangkan, puluhan ribu kandungan dalam Netflix sudah tidak tahu apa yang menarik untuk ditonton kan? Jadi, apa kata, korang ‘layan’ 5 filem tentang revenge ini di Netflix.

Ya untuk korang yang suka filem aksi macam ini memang wajib tonton sebab menurut Azmir Akmar Sobry, filem-filem ini memang ‘best’ dan rugi kalau korang tak tengok.

Apa agaknya 5 filem ‘revenge’ yang paling awesome dan wajib tengok?

  • The Foreigner (2017)

  • Peppermint (2018)

  • Faster (2010)

  • Death Wish (2018)

  • Cold Pursuit (2018)

Untuk bayangan sebelum korang tonton tentang filem-filem ini, jom tonton video yang dikongsikan di bawah. Selamat menonton.

Sumber: Azmir Akmar