Gambar hiasan via Bernama

Varian Omicron: Thailand Sahkan Tiga Kes Import

Aireena Marizan

BANGKOK – Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron Covid-19 dan satu lagi kes kebarangkalian bagi virus itu yang membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo, menurut Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak.

Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika, 35 tahun yang tiba dari Sepanyol. Manakala dua kes lagi membabitkan wanita Thailand yang berusia 36 dan 46 tahun, pulang dari Lagos, Nigeria.

Sementara itu, kes kebarangkalian terbaharu bagi varian Omicron itu melibatkan rakyat tempatan berusia 41 tahun, bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan baru pulang dari Congo.

“Lelaki itu sudah pun lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 dan menjalani kuarantin sejak tiba di Thailand.

Jabatan Sains Perubatan telah menjalankan ujian ‘single nucleotide polymorphisms (SNP)’ dan ‘whole genome sequencing (WGS)’ ke atas 1,649 ketibaan dari luar negara.

Sumber: Sinar Harian