
Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera
13 individu termasuk 10 pelajar sekolah menengah dilaporkan cedera dalam kemalangan jalan raya apabila van bertembung dengan kereta berhampiran Pusat Latihan Dakwah Sikuati pada petang Isnin.
Kejadian berlaku sekitar jam 6.20 petang dan dua daripada mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit dalam kenderaan Proton Saga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Isyak Jabas, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.29 petang.
Menurut beliau, sembilan anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 21 kilometer dari BBP Kudat.
“Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah van yang dinaiki 10 pelajar sekolah bersama seorang pemandu dan bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa
“Dalam kejadian itu, dua mangsa tersepit di dalam Proton Saga namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala kesemua mangsa di dalam van juga dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya.
Tambah beliau, semua mangsa telah diberikan rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan.
“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, ambulans dan juga kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rawatan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 7.40 malam selepas memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat,” katanya.
BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon
BACA: Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas
BACA: Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang
Sumber: Sinar Harian