Pelumba motorsikal terkenal, Valentino Rossi telah mengumumkan akan bersara dan tidak akan beraksi dalam MotoGP musim hadapan.
Berita mengejutkan ini disampaikan oleh beliau sendiri dalam satu sidang media yang diadakan hari ini di Grand Prix Michelin di Styria.
“Saya telah membuat keputusan untuk berhenti pada akhir musim ini jadi ini akan menjadi separuh musim terakhir saya sebagai pelumba MotoGP. Ini merupakan saat yang menyedihkan kerana sukar untuk menyatakan bahawa tahun hadapan saya tidak akan berlumba motosikal lagi, saya rasa cukup untuk lebih 30 tahun ini,” jelas pelumba dari Itali ini.
Pelumba yang berusia 42 tahun ini berkata bahawa kehidupannya akan berubah pada tahun hadapan namun ianya sangat hebat kerana beliau telah ‘menikmati’ zaman mudanya dengan begitu baik.
Beliau bukan hanya sedih meninggalkan kariernya ini malah terharu dan tidak akan melupakan jasa pembantunya yang bekerja baik sepanjang perjalanannya sebagai Juara Dunia MotoGP ini.
Sumber: MotoGP