Sudah masuk hari ke-20 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula, perkembangan terbaru menyaksikan vaksin dari China, Sinovac, akan digunakan di Hospital Rembau tidak lama lagi.
Menurut ciapan ringkas KKM, program imunisasi di hospital tersebut akan bermula pada 18 Mac ini dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin akan menjadi individu pertama yang menerima vaksin itu.
Beliau turut menjawab satu pertanyaan yang dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter.
Sumber: KKMPutrajaya