UUM Laksana Kuliah Dalam Talian Bagi Semester Kedua Sesi 2025/2026
Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam satu kenyataan hari ini memberikan penjelasan berhubung pelaksanaan kuliah dalam talian bagi Semester Kedua Sesi 2025/2026 (252).
Dalam kenyataan itu, UUM memaklumkan semua kuliah (kelas) akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 hingga 28 Mac 2026.
"Semester Kedua Sesi 2025/2026 (252) akan bermula pada 15 Mac 2026, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 20-21 Mac 2026.
"Berikutan itu, Universiti bersetuju agar semua kuliah akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 hingga 28 Mac 2026," maklum kenyataan itu.
Tambah UUM, pendaftaran kemasukan dan Minggu Suaikenal pelajar baharu bagi Semester 252 yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Mac 2026 juga akan diadakan secara dalam talian.
Sehubungan itu, pelajar dan pensyarah dimohon mengambil maklum dan membuat perancangan sewajarnya," maklum kenyataan itu lagi.