Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terkenal dengan mengambil pendekatan khusus terhadap golongan yang tidak bernasib baik termasuk gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Gerakannya sentiasa mendapat perhatian dan pujian daripada masyarakat.
Ustaz Ebit dilihat bergerak secara agresif dalam mendalami kehidupan golongan ini sekaligus merasai jatuh bangun kehidupan mereka.
Terbaru, beliau berkongsi satu video menyaksikan kehidupan seorang anak muda di pinggir kota jauh daripada hiruk-pikuk bandar.
Hatinya sayu mengenangkan usianya yang masih muda tetapi masa depannya seakan kabur.
Sumber: Ebit Lew