Gambar: Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Sebak, Pakcik OKU Gigih Bawa Teksi Sebelah Tangan Demi Nak Sara Hidup

Nur Adnin

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew hari ini berkongsi satu cerita ringkas pertemuannya dengan seorang insan bergelar ‘pakcik’.

Menurut perkongsian di Facebooknya, pakcik tersebut merupakan seorang pemandu teksi di kotaraya Kuala Lumpur.

Namun, apa yang lebih menyentuh hati ialah pakcik tersebut selama ini bekerja, memandu dan menjalani kehidupan seharian hanya dengan sebelah tangan sahaja.

“Sayu tadi pusing KL terjumpa pakcik bawa teksi sebelah tangan. Keretanya rosak. Banyak rosak. Kerja lapan jam sehari dapat RM15 ke RM20 saja sepanjang tahun ini.

“Setiap hari keluar rumah cari rezeki. 14 tahun bawa teksi. Tangan sebelah tiada kerana kemalangan jalan raya,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Difahamkan, teksinya itu mengalami sedikit kerosakan yang perlu diperbaiki.

Justeru, Ustaz Ebit Lew sempat menabur bakti kepada kereta pakcik tersebut, selain turut bersedekah seberapa cuma.

“Tadi saya bawa pakcik ini ke bengkel dan akan bayar apa yang rosak. Beri sedikit duit belanja. ‘Ya Allah, banyak ni ustaz’. Pakcik tiba-tiba sedih sebak.

“Rajin pakcik ini bekerja. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Pakcik ini terharu, katanya tak sangka ustaz tiba-tiba datang dan sudi nak terus bantu beliau,” katanya lagi.

Dalam masa sama, jelas Ustaz Ebit, pakcik ini juga bekerja mencari rezeki dengan sebelah tangannya itu untuk menyara keluarganya, termasuklah dua orang anaknya.

“(Pakcik) tiada duit nak repair kereta. Semoga dua orang anak pakcik ini berjaya dalam pelajaran dan kehidupan,” luahnya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew