Petik daripada laporan The Jakarta Post, seorang guru agama di Kwanyar, Kabupaten di Jawa Timur yang ditahan polis kerana dikatakan menjual methamphetamine (syabu) kepada pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru ini turut mendakwa syabu berkenaan tidak dilarang dalam Islam.
Guru yang berusia 46 tahun ini merupakan seorang guru pengajian Islam yang mengajar di sekolah asrama Islam di Surabaya.
Menurut Polis Bangkalan, pihaknya telah menjejaki guru ini sejak dua bulan lalu selepas mendapat laporan dua orang pelajar dituduh menggunakan syabu di rumahnya.
Katanya lagi, suspek percayai bahawa pengambilan syabu akan membantu meningkatkan motivasi murid-muridnya dalam membaca Al-Quran. Semasa di sidang media di Balai Polis bangkalan, suspek memberitahu orang ramai bahawa pihak polis mempunyai persepsi yang salah tentang syabu dan dia mendakwa ianya bukan haram.
Suspek memberitahu perkara yang sama kepada muridnya dan membawa beberapa untuk pelajarnya.
Polis mengatakan bahawa suspek bakal dikenakan hukuman di bawah Perkara 114 Kanun Jenayah yang membawa hukukan maksimum 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
Sumber: The Jakarta Post