Ustaz Azhar Idrus Lancar Produk Kopi
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mencuri tumpuan apabila melancarkan produk kopi baru-baru ini.
Menerusi akaun TikTok rasmi miliknya, produk yang dinamakan UAI COFFEE itu dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober lalu.
“Alhamdulillah, satu lagi usaha kecil untuk manfaat bersama,” katanya di kapsyen video.
Pelancaran produk tersebut membuatkan ramai warganet teruja dan ada juga yang meminta Ustaz Azhar membuka kedai kopi pula.
“Ustaz buka kedai kopi la, saya tak minum sangat kopi bancuh sendiri ni,” kata seorang netizen.
“Syukran ya ustaz, semoga diberi keberkatan dalam berniaga,” kata seorang lagi.
Ustaz Azhar Idrus, 61, yang berasal dari Terengganu dikenali dengan gaya ceramahnya yang bersahaja dan sering menjadi tumpuan ramai walau di mana sahaja beliau berada.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus