Di Viatnam, Ho Huu Hanh mungkin tidak dilahirkan dengan sempurna tanpa lengan tetapi dia telah membuktikan bahawa dia juga mampu cemerlang dalam pendidikan dan mencipta masa depan yang cerah. Pelajar berusia 20 tahun dari Vietnam ini baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Lac Hong dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Maklumat, lapor Phu Nu Online.
Membesar dengan amputasi bukanlah perkara yang mudah bagi Hanh di kampung halamannya di wilayah Dong Nai. Ibunya berkongsi bahawa semasa kecil, Hanh harus mengunjungi hospital beberapa kali setelah terjatuh ketika cuba menunggang basikal. Pada usia 5 tahun, Hanh sudah menunggang basikal dan berenang dengan baik, menurut Bao Dong Nai.
Hanh, yang telah belajar cara bagaimana menggunakan kedua kakinya memegang sumpit untuk makan ketika dia masih muda, juga cara untuk membalik halaman buku dan menulis nota di sekolah.

Akhirnya, Hanh dapat menggunakan jari kakinya untuk melukis, menaip pada papan kekunci komputer dan lain-lain. Di kelas kedua, dia memenangi anugerah untuk tulisannya yang kemas dan terus mendapat gred tinggi.
Sepanjang kehidupan sekolahnya, beberapa rakan sekelas dan gurunya telah menggekarnya dengan panggilan “penguin.” Nama panggilan, jauh dari “raksasa” yang pernag digelar oleh jirannya kepadanya ketika dia masih muda, telah menjadi istilah yang menarik bagi pelajar itu.
Sumber- Nextshark