Berikutan isu seorang menteri yang didakwa melanggar arahan kuarantin wajib sebelum ini, terdapat netizen yang mengajukan soalan berkaitannya kepada laman Twitter Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tweet berkenaan, netizen bertanya sama ada tindakan menteri berkenaan ke luar negara mendapat kelulusan daripada KKM.
Pertanyaan berkenaan mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menjawab persoalan tersebut, seperti di bawah.

“Untuk keluar negara bukan kelulusan MOH,” jelasnya.
Mengimbas kembali, menteri berkenaan didakwa melanggar peraturan SOP PKPP selepas pulang dari Turki dan KKM memaklumkan menteri tersebut dikompaun sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos lalu.
Susulan itu, menteri tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu kenyataan semalam, selain turut menawarkan diri memulangkan semula gaji menterinya selama empat bulan untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19.
BACA: Isu Langgar SOP: Khairuddin Mohon Maaf, Akan Pulangkan Semua Gaji Mei Hingga Ogos Sebagai Rasa Tanggungjawab
Sumber: Twitter KP Kesihatan