Sepasukan skuad pemusnah bom yang dipanggil susulan penemuan satu beg yang mencurigakan mendapati bahawa beg tersebut mengandungi anak kucing yang baru dilahirkan, lapor Lad Bible.
Unit bom daripada Pejabat Syerif Butler County di Ohio telah bergegas keluar bagi bertindak balas berkenaan laporan penemuan beg mencurigakan yang ditinggalkan di luar sebuah gereja.

Namun begitu, apabila mereka melihat isi kandungan beg tersebut, mereka telah mendapati bahawa terdapat enam ekor anak kucing di dalamnya.
Dalam satu perkongsian di Facebook, pejabat syerif menyatakan: “Unit bom Butler County telah dimaklumkan dengan penemuan satu beg yang mencurigakan di gereja di New Miami.

“Ketika Pakar Mige Grimes dan Det. Detherage tiba, mereka tidak mendengar bunyi berdetik sebaliknya terdengar bunyi kucing tersebut!
“Terdapat ibu kucing bersama enam ekor anaknya yang berusia sehari di dalam beg tersebut.

“Terdapat juga satu nota yang tertulis “Sprinkles” telah melahirkan anak pada semalam (17/2).

“Ibu kucing dan anaknya itu tidak kesejukan, selesa dan telah diberikan makan di Animal Friends Shelter!”
The Animal Friends Humane Society telah memuat naik kemas kini berkenaan kucing itu dan anak kucing tersebut di Facebook: “Kami akan memulakan Feline Friday dengan tambahan ahli keluarga baharu untuk keluarga haiwan kami – Sprinkles dan enam ekor anaknya yang baru dilahirkan!
“Ketika beg tersebut ditemui ditinggalkan di luar pintu gereja, Unit Bom County Butler telah dipanggil untuk menyiasat. Di dalamnya, mereka mendapati bahawa seekor ibu kucing sedang menjaga enam ekor anaknya yang baru lahir.
“Catatan nota di dalam beg itu menyebut nama ibu ekor kucing iaitu Sprinkles, dan dia mula melahirkan anaknya pada pukul 2:00 pm pada hari Rabu. Sprinkles dan anaknya yang baru lahir segera dibawa ke Animal Friends untuk dirawat pada petang Khamis.
“Mereka semua diselaputi dengan air kencing dan memerlukan mandian ketika mereka tiba. Sprinkles telah diberikan vaksin dan telah membuat ujian darah dan kini berada dalam keadaan baik.
Sumber: Lad Bible