KECAMATAN CILANDAK: Petugas Kecamatan Cilandak membawa keranda ketika melakukan kempen bahaya COVID-19 di Jakarta pada 31 Ogos.
Dalam kempen tersebut, petugas mengajak masyarakat sama ada pengguna jalan raya serta masyarakat di kawasan itu untuk melakukan gerakan 3M iaitu memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak.

Petugas membawa keranda ketika melakukan kempen bahaya COVID-19 bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran berkenaan dengan bahayanya COVID-19 ini.
Peningkatan angka kematian dan jangkitan yang drastik menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan kempen berkenaan dengan bahaya COVID-19.
Indonesia mempunyai jumlah penduduk keempat tertinggi di dunia dan mencatatkan angka jangkitan COVID-19 sebanyak 188,000 dan angka kematian sebanyak 7,832 setakat ini.
Sumber: medcom.id