Dengan pengaruh Hallyu, Korea Selatan kini menjadi antara negara yang paling ingin dikunjungi oleh orang ramai. Manakan tidak, semua orang ingin merasai sendiri pengalaman berada di negara tersebut termasuk untuk belajar di sana.
Bahasa Korea atau Hangeul pula mula mendapat perhatian golongan muda. Pun begitu, tahukah anda bahawa tulisan Korea turut digunakan di Kota Baubau, Pulau Buton, Sulawesi Tenggara?
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenainya, jom baca dahulu mengenai bahasa Cia-Cia.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Peneliti Pusat Penelitian dan Kebijakan Pendidikan dan Kebudayaan Badan Penelitian dan Pengembangan, Mikka Wildha Nurrochsyam, bahasa Cia-Cia merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cia-Cia di Sulawesi Utara iaitu terdapat lebih kurang 93,000 orang penutur.
Masyarakat di situ telah menggunakan aksara Hangeul dan aksara Latin dalam penulisan mereka kerana tidak mempunyai aksara sendiri.
Difahamkan, satu-satunya tradisi tulisan masyarakat Cia-Cia yang ditemui adalah dalam bentuk coretan-coretan yang ditorehkan pada sepotong papan kayu atau kertas yang mirip dengan simbol.
Gambar: IdwikiMula dipertimbangkan sejak tahun 2005
Ketika Simposium Pernaskahan Antarabangsa ke-9 pada 5 hingga 8 Ogos 2005 tamat, para peserta melakukan kunjungan di sekitar bandar disitu. Salah seorang darinya adalah pakar Bahasa Malaysia dan Ketua Jabatan Hunmin Jeonggeum Masyarakat Korea, Chun Tai-Hyun yang bergurau bahawa bahasa tempatan yang didengari di situ mengingatkannya kepada Korea.
Menurutnya, tulisan Hangeul boleh digunakan sebagai aksara untuk bahasa Cia-Cia yang sedang mengalami ‘kepunahan’ pada ketika itu.
Ia ternyata mendapat respons positif daripada ketua pemerintah di Kota Baubau sehingga akhirnya tulisan Hangeul digunakan sehingga kini.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna masyarakat di situ fasih dengan bahasa Korea kerana bahasa Cia-Cia memiliki tata bahasa, kosa kata dan pengucapan yang berbeza dengan bahasa Korea.
Nak tahu lebih lanjut mengenai masyarakat Cia Cia? Jom tonton video SK di bawah ini.
Sumber: Idwiki, Jendela Kemendik