Seorang lelaki di Jepun menghasilkan topeng muka khas yang dicetak menyerupai wajah sebenar manusia termasuk pemakainya.
Shuhei Okawara dari Tokyo berkata, cetakan imej itu menggunakan wajahnya sendiri dan juga individu lain berpandukan lebih 100 aplikasi foto.
Selain harganya kira-kira RM1,600, Okawara juga akan membayar sejumlah royalti kepada pemilik pelitup muka imej wajah yang popular.
“Kedai pelitup muka di Venice tidak akan menjual atau membeli wajah. Tapi ianya adalah sesuatu yang berlaku seperti dalam cerita-cerita fantasi.
“Saya fikir ianya akan menyeronokkan,” katanya, memetik laporan Daily Mail.
Antara topeng yang dihasilkan | Gambar: REUTERS/Daily MailDicipta dengan penuh unik, topeng muka tersebut akan kelihatan seperti wajah yang sebenar.
Ia turut dilengkapi dengan dua lubang di bahagian hidung – menyerupai lubang hidung sebenar sebagai saluran pernafasan.
Pelitup muka tersebut akan mula dijual bermula awal tahun hadapan di kedainya, Kamenya Omote yang turut terkenal dengan jualan barang-barang kelengkapan parti dan pertunjukan pentomen.
Difahamkan, produk kreatifnya itu bakal mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.
“Seperti yang sering terjadi di kedai saya, tidak ramai yang membeli topeng muka untuk tujuan tertentu. Malah sebilangan besar melihatnya sebagai karya seni.
“Saya bercadang untuk menggunakan imej wajah baharu, termasuklah individu dari luar negara dan pemain bola terkenal,” katanya lagi.
Bagaimanapun, topeng muka tersebut dikatakan tidak mampu menghalang penyebaran dan jangkitan wabak COVID-19 kerana dua lubang hidung yang ada padanya.
Antara topeng yang dihasilkan | Gambar: REUTERS/Daily MailSumber: Daily Mail