berusia 60 tahun tawan kinabalu
Gambar via Twitter

Umur Bukan Penghalang, Nenek Berusia 60 Tahun Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Umur Bukan Penghalang, Nenek Berusia 60 Tahun Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Usia bukan penghalang buat seorang wanita berusia 60 tahun ini untuk tawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Kisah kejayaan wanita itu telah dikongsi oleh anak perempuannya yang turut serta dalam misi pendakian tersebut.

Menurut anak perempuan wanita itu, pendakian tersebut berjaya dilakukan pada 10 Februari lalu.

Difahamkan bahawa, bulan Mac ini merupakan bulan kelahiran genap 60 tahun umur emaknya.

“Pelukan kegembiraan dan syukur untuk mak. Kuat dia sampai ke puncak Kinabalu. Tak sangka betul. Perit tapi rasa terharu tu tak tahu nak ungkap macam mana. Bulan depan mak cukup 60 tahun, doakan mak saya sihat terus.. 10 Feb 2023,” tulis ciapan muat naik tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Berdasarkan perkongsian video berkenaan, dapat dilihat wanita itu berjaya sampai ke puncak gunung sambil memeluk anaknya.

Selain itu, ciapan itu turut mendedahkan bahawa wanita tersebut bukanlah seorang peminat sukan mendaki. Malah dia hanyalah seorang jurujual di pasar raya di Bentong.

Namun dengan tekad yang kuat, wanita itu pernah beberapa kali mendaki bukit di sekitar Bentong sebagai persediaan pendakian ke Gunung Kinabalu tersebut.

“Sebelum ke Sabah, sempat saya paksa dia mendaki 3 kali bukit di sekitar Bentong je. Malam-malam di rumah, dia cuma buat senaman depan tv je. Saya pun tak tahu semangat dia tu datang dari mana, nak ke Laban Rata, dia yang depan dulu,” tulis ciapan bebenang perkongsian tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lainnya. Mereka juga turut sempat meninggalkan komen berkenaan perkongsian tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Selalu nampak orang shopping dengan mak. Tapi ini paling power saya nampak,” tulis seorang netizen yang terkejut dengan kehebatan wanita berusia 60 tahun tersebut.

“Ya Allah kuatnya makcik boleh sampai puncak kot.. semoga Allah SWT berikan kesihatan yang baik untuk makcik,” tulis seorang lagi netizen yang tergamam melihat kehebatan wanita itu.

Power. Saya belum berani sebab stamina kelaut. Inspiring,” tulis seorang netizen yang mendapat inspirasi daripada dua beranak tersebut.

Seorang wanita turut sempat meninggalkan komen dan berkongsi kehebatan maknya yang berjaya tawan gunung yang sama pada Oktober tahun lalu. Malah mak wanita tersebut juga bakal berusia 60 tahun menjelang April 2023.

“Mama saya pun turning 60 this April and baru je naik Kinabalu dgn adik last October! so proud of her,” tulis wanita itu diruangan komen.

Sumber: Umarehudona via Twitter