Umur Belum 30 Dah Pergi Haji, Lelaki Kongsi ‘Trik’ Guna Akaun Tabung Haji
Tidak dapat dinafikan bahawa impian setiap Muslim adalah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah al-Mukarramah.
Ramai yang telah menyimpan hasrat ini sejak kecil, dengan harapan dapat merasai sendiri nikmat menjadi tetamu Allah SWT.
Lebih-lebih lagi ketika usia masih muda, saat tubuh masih bertenaga dan semangat masih membara, keinginan untuk menunaikan umrah atau haji terasa lebih kuat.
Baru-baru ini, kisah seorang pemuda telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi ‘trik’ menyimpan wang dalam akaun Tabung Haji, semata-mata untuk merealisasikan impiannya menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum mencecah usia 30 tahun.
Alhamdulillah, impiannya itu akhirnya tercapai pada tahun lalu, sebelum genap usianya 30 tahun.


Key points penting anda perlu tahu
Kita semua sedia maklum bahawa proses untuk menunaikan ibadah ini bukanlah semudah yang disangka.
Dengan jumlah jemaah yang terhad setiap tahun dan senarai giliran yang panjang, ramai yang terpaksa menunggu puluhan tahun sebelum tiba gilirannya.
Oleh itu, berdasarkan perkongsian pemuda ini, terdapat beberapa “key points” penting yang perlu diberi perhatian.
1. Buka akaun & daftar haji seawal mungkin
Langkah pertama dan paling asas ialah membuka akaun Tabung Haji serta mendaftar haji seawal mungkin.
Malah, lebih baik jika ibu bapa sudah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak sejak kecil dan membuat pendaftaran haji awal.
Untuk info lanjut tentang pembukaan akaun Tabung Haji, anda boleh klik di sini. Untuk info daftar haji pula, boleh klik di sini.
2. Bersedia & buat rayuan untuk pergi haji lebih awal
Ramai yang tidak tahu bahawa Lembaga Tabung Haji membenarkan permohonan rayuan untuk mereka yang ingin menunaikan haji lebih awal.
Namun begitu, penting untuk diingat bahawa rayuan ini memerlukan persediaan rapi.
Jangan sekadar hantar rayuan tanpa sebarang perancangan yang jelas.
Pastikan anda aktif menyimpan dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima panggilan bila-bila masa.
Untuk info lanjut tentang rayuan haji, anda boleh klik di sini.
Bagi mereka yang belum berpeluang menunaikan haji, sekadar mendengar kisah dan pengalaman orang lain pun sudah cukup membuat hati tersentuh.
Kadangkala, timbul juga perasaan sebak yang mungkin diselubungi rasa cemburu dalam diam.
Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat, dan semoga satu hari nanti, kita semua akan dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Suci.