
UMNO Mohon Titah Tahanan Rumah Najib Dilaksana Ikut Perlembagaan
KUALA LUMPUR — UMNO mengucapkan syukur dengan pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara semalam yang memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini.
“UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan membolehkan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mendapat keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki