Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter dan seberat 15 kilogram (kg) ‘dicekup’ dalam tandas di sebuah hostel di Kampung Belukar, Machang, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Machang ketika sedang leka ‘membaham’ biawak.
Gambar: Sinar HarianPegawai APM Machang, Leftenan (PA) Mohd Razman Ramli yang dihubungi Sinar Harian berkata, sepasukan anggota dikerah setelah menerima panggilan kecemasan.
“Kita terima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.
“Sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap reptilia itu,” katanya seperti memetik Sinar Harian.
Gambar: Sinar HarianHasil pemeriksaan, anggota APM telah menemui seekor ular tedung selar yang sedang bersembunyi di dalam tandas.
Tambah beliau, APM dengan hasil kecekapan anggota telah berjaya menangkap reptilia berkenaan dengan mengambil masa 33 minit sahaja.
Sumber: Sinar Harian