Seekor ular berwarna putih daripada bahagian kepalanya sehingga ekor telah ditemui.
Walaupun kebiasaan ular yang ditemui berwarna coklat, namun bagi ular yang amat jarang ditemui ini lain pula ceritanya.
Menurut portal Scienceping, ular tersebut telah disimpan dan dikuarantin untuk seketika selepas ditemui kerana ianya terlalu jarang ditemui dan perlu dilindungi.
Ular tersebut dilaporkan tergolong dalam spesis ular kelabu gelap yang berasal daripada Australia. Secara kebiasaannya, ianya dikatakan berwarna coklat gelap, menurut Mirror.
Walau bagaimanapun, ular yang diselaputi dengan warna putih daripada bahagian kepala sehingga ekornya itu dikatakan mempunyai sindrom leucistism, sejenis sindrom albino yang sama pada manusia.
Ular itu kini telah dipindahkan ke Taman Hidupan Liar yang terletak di Wilayah Utara atas faktor keselamatan.

“Ular itu kini sedang dikuarantin di pusat perlindungan bagi memastikan tiada ancaman yang boleh merbahayakannya,” kata jurucakap pegawai hidupan liar.
“Kemudiannya ia akan dipamerkan kepada orang ramai agar orang ramai dapat melihatnya dengan rasa kagum.”
Pencinta haiwan sangat menyukai dengan gambar seekor ular albino yang dikongsikan secara dalam talian oleh pusat perlindungan itu. Difahamkan, perkongsian tersebut telah dikongsikan hampir 2,000 kali di Facebook.

Pengguna internet Jeanette Bos menulis: “Betapa cantiknya haiwan ini.”
Seorang lagi pengguna internet bernama Matt Hough turut menulis: “Ular ini sangat cantik.”
Sumber: Scienceping