Ukraine melaporkan seorang anggota tentera terbunuh dalam sati insiden tembakan didakwa didalangi kumpulan pemisah pro-Rusia, pagi Sabtu di Timur Ukraine.
Menurut kenyataan Tentera Ukraine, mereka mendakwa seorang tenteranya terbunuh selepas kumpulan pemisah pro-Rusia melepaskan tembakan ke arah tentera menggunakan artileri berat.
Tambahnya lagi dalam laman Facebook bahawa pihak pemisah telah merekodkan 19 pelanggaran gencatan senjata hari ini berbanding 66 kes dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Kenyataan itu turut mendakwa kumpulan pemisah pro-Rusia turut melepaskan tembakan ke arah 20 kawasan penempatan, menggunakan senjata berat, yang mana ia dilarang menurut Perjanjian Minsk.
Perjanjian Minsk bertujuan untuk menamatkan konflik selama 8 tahun antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia di timur negara itu.
Keganasan minggu ini dalam konflik dua negara itu mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Sumber: Aljazeera