Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan pembedahan di wajahnya.
Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini.


Mengimbas kembali, pagi semalam isterinya mendakwa dirinya terlibat dalam satu kemalangan berbasikal.
Kecederaan yang dialaminya mengakibatkan beberapa jahitan terpaksa dilakukan di bahagian wajahnya yang tercedera.
Alhamdulillah, semoga luka kecederaan beliau semakin sembuh dan kesihatan bertambah baik di pagi Jumaat yang mulia ini.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya