Bodø/Glimt derma tiket gaza
Gambar: FB Bodø/Glimt

UEL: FK Bodø/Glimt Derma Hasil Kutipan Tiket Perlawanan Kepada Mangsa Di Gaza

Iqbal Yasir

UEL: FK Bodø/Glimt Derma Hasil Kutipan Tiket Perlawanan Kepada Mangsa Di Gaza

Kelab Norway, FK Bodø/Glimt mengumumkan hasil jualan tiket perlawanan UEFA Europa League (UEL) menentang kelab dari Israel, Maccabi Tel Aviv pada minggu lalu.

“Glimt tidak boleh diam dan tidak akan berpeluk tubuh dengan penderitaan dan pencabulan undang-undang antarabangsa yang berlaku di dunia.

“Kami akan menderman kesemua hasil tiket tempat duduk biasa perlawanan tempat sendiri ketika menentang Maccabi Tel Aviv kepada Palang Merah dan memperuntukkan bantuan di Semenanjung Gaza. Ia berjumlah NOK 735,000 (RM289,547) dan kami semua mendermakannya,” menurut kelab dalam satu kenyataan.

Gambar: FB Bodø/Glimt

FK Bodø/Glimt dalam perlawanan tersebut menewaskan kelab dari Israel itu dengan skor 3-1 dan berjaya menduduki tempat kesembilan dengan 14 mata.

Untuk makluman, Norway, Sepanyol dan Ireland antara negara yang mengiktiraf negara Palestin pada Mei 2024.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Hingga Rabu – METMalaysia

BACA: Sekolah Bangsa Johor Bermula 17 Februari Ini

BACA: Kanada Kenakan Tarif 25 Peratus Import Ke Atas AS Sebagai Tindak Balas